Thursday, July 16, 2009

BEGITULAH PERANCANGAN ALLAH



Sejak semalam badan terasa sakit-sakit dan ingat hati hari ni bila fly balik ke Kedah tu bolehlah rehat sekejap. Namun pagi tadi lain pula perancangan Allah SWT. Awal pagi saya dah terbangun. Nak kejar flight pukul 7.15 pagi ke Alor Setar. Husaini dan Zahir saya kejutkan dan pukul 5.00 kami bertolak ke LCCT.

Sepanjang jalan saya yang memang keletihan. Lalu saya minta Zahir bawa sekurang-kurangnya dapat beri pendedahan laluan kerana dia baru di KL ni. Namun selepas beberapa km. dia tidak begitu selesa dengan highway di pagi hari begini- lalu setering WLD 5478 berpindah tangan lagi. Kali ini kepada Husaini, anak lelaki tampan saya- yang bawa kereta lebih sopan berbanding dengan kakak-kakaknya.

Saya terlena- dan tiba-tiba terkejut sedar apabila berdentum bunyi yang kuat dan kereta melelong. Apa dah jadi Husaini..! Ya Allah. Astagfirullah, La haulawala... macam2 lagi ikhtifar yang meluncur keluar dari mulut saya.

Kereta belakang membunyikan hon bertali arus- menderu lori di kiri- menderu bas di sebelah kanan.

Si anak lelaki saya ni tenang- perlahan-lahan di kawalnya WLD ke tepi lebuhraya.

MasyaAllah- apa yang terjadi. Husaini langgar mengantuk ke? Langgar pemidang jalan ke? tanya saya.

Tak ? Batu. tengah jalan.

kereta berhenti. Di belakang kami sebuah lori berhenti di tepi- lampu blip blop. di depan kami sebuah teksi pun pancat tayar.

Masing-masing mengalami nasib yang sama. Tayar pancat- tapi mereka satu tayar, WLD dua tayar. ..! depan dan belakang. Apa yang boleh dilakukan lagi. Selesai tukar tayar teksi berlalu dan lori menderu pergi. Tinggal WLD menunggu bantuan. Deru pesawat bersilih ganti turun dan naik. Dan antara pesawat itu ialah pesawat penerbangan Airasia ke Alor Setar Flight AK 5250 7.15 pagi. Seorang penumpang tertinggal- masih membilang waktu di tepi lebuhraya yang kenderaan semakin banyak.


Usop sampai bawa sejadah dan air 2 botol. kami ambil wuduk dan berjemaah di tepi highway. Kereta peronda plus tiba untuk meletak Kon keselamatan dan kemudian pergi. Cuma sesuatu yang tidak dijangkakan - tayar spare Proton Saga baru - usop tak padan dengan WLD. Bantuan kedua menyusul.


Pukul 8.00 pg. Hj Bad dan Hafizi tiba membawa tayar ganti kedua. Kita merancang tapi ketentuan Ilahi tiada siapa yang tahu.


No comments:

Post a Comment