Thursday, July 16, 2009

BEGITULAH PERANCANGAN ALLAH



Sejak semalam badan terasa sakit-sakit dan ingat hati hari ni bila fly balik ke Kedah tu bolehlah rehat sekejap. Namun pagi tadi lain pula perancangan Allah SWT. Awal pagi saya dah terbangun. Nak kejar flight pukul 7.15 pagi ke Alor Setar. Husaini dan Zahir saya kejutkan dan pukul 5.00 kami bertolak ke LCCT.

Sepanjang jalan saya yang memang keletihan. Lalu saya minta Zahir bawa sekurang-kurangnya dapat beri pendedahan laluan kerana dia baru di KL ni. Namun selepas beberapa km. dia tidak begitu selesa dengan highway di pagi hari begini- lalu setering WLD 5478 berpindah tangan lagi. Kali ini kepada Husaini, anak lelaki tampan saya- yang bawa kereta lebih sopan berbanding dengan kakak-kakaknya.

Saya terlena- dan tiba-tiba terkejut sedar apabila berdentum bunyi yang kuat dan kereta melelong. Apa dah jadi Husaini..! Ya Allah. Astagfirullah, La haulawala... macam2 lagi ikhtifar yang meluncur keluar dari mulut saya.

Kereta belakang membunyikan hon bertali arus- menderu lori di kiri- menderu bas di sebelah kanan.

Si anak lelaki saya ni tenang- perlahan-lahan di kawalnya WLD ke tepi lebuhraya.

MasyaAllah- apa yang terjadi. Husaini langgar mengantuk ke? Langgar pemidang jalan ke? tanya saya.

Tak ? Batu. tengah jalan.

kereta berhenti. Di belakang kami sebuah lori berhenti di tepi- lampu blip blop. di depan kami sebuah teksi pun pancat tayar.

Masing-masing mengalami nasib yang sama. Tayar pancat- tapi mereka satu tayar, WLD dua tayar. ..! depan dan belakang. Apa yang boleh dilakukan lagi. Selesai tukar tayar teksi berlalu dan lori menderu pergi. Tinggal WLD menunggu bantuan. Deru pesawat bersilih ganti turun dan naik. Dan antara pesawat itu ialah pesawat penerbangan Airasia ke Alor Setar Flight AK 5250 7.15 pagi. Seorang penumpang tertinggal- masih membilang waktu di tepi lebuhraya yang kenderaan semakin banyak.


Usop sampai bawa sejadah dan air 2 botol. kami ambil wuduk dan berjemaah di tepi highway. Kereta peronda plus tiba untuk meletak Kon keselamatan dan kemudian pergi. Cuma sesuatu yang tidak dijangkakan - tayar spare Proton Saga baru - usop tak padan dengan WLD. Bantuan kedua menyusul.


Pukul 8.00 pg. Hj Bad dan Hafizi tiba membawa tayar ganti kedua. Kita merancang tapi ketentuan Ilahi tiada siapa yang tahu.


Menunggu detik yang mendebarkan



Kerja-kerja akhir menyiapkan teratak Puteh Book Garden sedang rancak dijalankan. Sedikit perubahan pada papan tanda dengan memasukkan TAMAN BUKU PUTEH. Tak kena tak ada pun sepatah bahasa Melayunya.


Semalam bertemu dengan Fauzul dan Zaharin di PTS. Mereka berjanji akan membantu kerja-kerja Taman Buku Puteh.


KaryaDya akan hantar buku-buku hari ni. Begitu juga dengan buku2 Edusystem akan menyusul sehari dua lagi.


Karangkraf sudah memberi perstujuan menaja sebarang program. Buku2 dari Alaf 21 akan dihantar minggu depan.


Hari Ahad - perabot akan tiba dan minggu depan sudah boleh menyusun buku-buku.

sudut menarik TAMAN BUKU PUTEH





Monday, July 13, 2009

bakal menempa sejarah


Puteh Book Garden akan menjual buku-buku terbaru dari penerbit tersohor negara. Antaranya PTS, GISB, Karangkraf, Telaga Biru, Hijjaz, DBP, Utusan dan banyak lagi.


Rakan-rakan dari Dewan Industri Buku juga akan mempamerkan buku-buku terbaru mereka.

Cerita dari Desa

Beberapa penerbit menelefon bertanyakan Taman Buku. Apakah untuk pameran buku atau jualan atau library. Buat masa sekarang kita buat jualan dan acara-acara kecil-kecilan untuk memberitahu masyarakat mengenai desa buku ini.

Sunday, July 12, 2009

TAMAN BUKU



kerja-kerja di taman buku sedang berjalan.

salam buku dari kami dari PUTEH BOOK GARDEN



MENUNGGU DETIK KELAHIRAN


Persiapan terakhir rancak dijalankan di desa Gajah Puteh. Bang Pi dan anak-anak bekerja siang malam bagi menyelesaikan kerja-kerja terakhir untuk menyiapkan teratak buku keluarga puteh garden.


Nak sebut Kampung buku tu agak menggerunkan juga. Maklumlah ini kedai kecil-kecilan. tapi cita-cita tetap ada untuk memartabatkan buku sebagai khazanah generasi akan datang.